|
Air yang melalui sistem penapisan unik ini
berupaya memberi KESAN SERTA MERTA dari segi perubahan aura
seseorang sebaik sahaja diminum. Manfaat terapeutik, keupayaan
menyembuh dan kemampuannya untuk meningkatkan tahap kesihatan telah
disahkan oleh jumlah pengguna yang semakin kagum dan puas hati
dengannya.
Kartrij pertama;
Seramik Bermutu Tinggi untuk menapis bahan pencemar, kekaratan,
protozoa dan sebahagian bakteria sehalus 1 mikron
Kartrij kedua;
Seramik Karbon Teraktif Bermutu Tinggi dan Batuan Mineral Semulajadi
menghilangkan rasa dan bau yang kurang
menyenangkan. Ia juga
melembutkan air mentah, menghasilkan beberapa galian dan
meningkatkan rasa air. Kepadatan fiber PPFnya menyekat saki baki
bakteria dan pencemar organik.
Kartrij ketiga;
Mengandungi Seramik Karbon Teraktif yang lebih unggul serta proses
Media KDF nya yang memenuhi keperluan EPA dan piawaian Keselamatan
Nasional FDA Amerika Syarikat untuk membasmi segala mineral keras
dan bahan radioaktif dengan berkesan
Kartrij keempat;
Ia paling unik dan menyediakan pelbagai manfaat. Pengubah Aura nya
yang unggul menggiatkan kesan penyembuhan aura sementara Penyegar
Vortexion nya pula memecahkan molekul air kepada gumpalan kecil
supaya penyerapan dipermudahkan. Tanah liat berkalsium yang diionkan
membantu penghasilan
Ion kalsium untuk meningkatkan rasa air tersebut.
Walaupun terdiri daripada 4 kartrij tetapi air yang dihasilkan
melalui 8 proses penghasilan.
|